haha,kat sni ak nk share ngan korang psl 20 prkara yg girl xsempat nk bgtau boy...ak xtau la bnda nih tol or x...ak pun copy paste je...he he
- bila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
- bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
- gadis sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang dia sayang, sebab itu ramai gadis yang patah hati bila hubungan terputus di tengah jalan.
- sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti aiskrim!
- gadis memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.
- jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut! jangan berkasar sebab ada semangat dalam diri gadis yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
- sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan- lahan.
- muzik,lukisan, dan penulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. gadis suka meluahkan apa yang mereka rasa.
- jangan sesekali berutahu gadis yang mereka ni langsung tak berguna.
- bersikap terlalu serius boleh mematikan mood gadis.
- bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah- olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10 minit, semua rakan- rakannya akan tahu berita tersebut!
- sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi para gadis. jadi jangan senyum sembarangan.
- jika kamu menyukai seorang gadis, cubalah mulakan dengan persahabatan. kemudian biarkan dian mengenalimu dengan lebih mendalam.
- jika seorang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dian memang tidak berminat dengan mu.
- tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. kamu ad can!
- jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. tanya dia sendiri!
- selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya- tanya " kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal "
- kalau kamu masih tercari- cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin- rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta
- bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh si gadis ialah buah hatinya ataupun ' secret admirenya'. kemudian barulah dirinya sendiri.
- wahai kaum adam...sila buka mata, hati dan telinga kamu luas- luas untuk mengetahui apakah perkara yang tidak sempat diberitahu oleh si gadis kepada kamu. oops, bukan untuk menghukum kaum lelaki, tetapi hanya berpesan supaya kamu menjaga wanita dengan baik.
tq 2 DBC and DBD...haha. xd kaitan ngan entry...sbnrnya ak plik ngan 2 biji moto nih...npe slalu parking sblh ak? mayb dye nk jge moto ak agaknya...he he......
No comments:
Post a Comment